Bahasa

DAP enggan patuhi arahan RoS adakan pemilihan semula

Guan Eng persoal peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai RoS. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimGuan Eng persoal peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai RoS. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimDAP tidak berpuas hati dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa parti, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu juga meminta penjelasan RoS, dari sudut mana mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang dijalankan Disember lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata, RoS perlu menjelaskan peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai bagi meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti.

Sementara itu, Gobind Singh Deo yang turut hadir sidang media itu, berkata berdasarkan Seksyen 16 (1), RoS tiada kuasa untuk mengarahkan DAP bagi mengadakan semula pemilihan parti.

Katanya, perkara yang tidak berlandaskan undang-undang tidak wajar untuk dipatuhi dan DAP akan mengantar surat kepada RoS esok bagi meminta penjelasan lanjut.

"Kami tidak akan menemui RoS tetapi hanya mengirimkan surat dan berharap RoS segera memberi jawapan kerana ini menjadi perhatian kami saat ini.

"DAP juga tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan RoS di mahkamah tetapi biar kita lihat dahulu jawapan RoS," katanya, menjawab soalan pemberita di ibu pejabat DAP malam ini.

Awal bulan ini, Bernama melaporkan, bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G Asoghan mendakwa seramai 547 orang dikenal pasti sebagai 'perwakilan haram' dari Pulau Pinang mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Mendakwa perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan 'Dinasti Lim' terus berkuasa dalam DAP, beliau meminta Lim memberi senarai lengkap perwakilan yang layak hadir bagi membuktikan tiada pengundi haram.

Awal tahun ini, media melaporkan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal pada pengiraan undi CEC DAP. - 31 Julai, 2013.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.