Bahasa

DAP tidak akan adakan pemilihan semula parti

Oleh Opalyn Mok
January 10, 2013

Beliau berkata parti mengakui kesilapan yang "memalukan" dan keputusan itu telah diiktiraf dan disahkan oleh badan audit bebas dan parti tidak akan mengulangi semula pemilihan tersebut.

"Jika ahli mahukan pemilihan semula, mereka perlu melalui saluran parti dan memohon kepada parti," kata Lim pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan kompleks Mahkamah Syariah baru di sini.

Setakat ini tidak ada ahli yang meminta pemilihan parti diadakan semula berikutan kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan tersebut.

Minggu lalu, parti tersebut mengakui tersilap mengira undi semasa pemilihan parti bulan lalu, dimana tiada calon Melayu terpilih dalam jawatankuasa tertinggi parti tersebut.

DAP berkata ia adalah 'kesilapan teknikal' apabila keputusan itu dikeluarkan dan pengira undi pada Kongres Nasional DAP ke-16, Pooi Weng Keong meletak jawatannya untuk bertanggungjawab di atas kesilapan tersebut.

Lim membidas ahli parti yang bercakap kepada media yang dikawal Barisan Nasional (BN) untuk pemilihan semula tanpa mengikut saluran parti terlebih dahulu.

"Jangan hanya ulangi BN melalui media tetapi tak tulis untuk parti, CEC akan menimbangnya jika dia menulis (kepada parti)," kata Lim.

Ahli parti tidak dihalang dalam memberi pandangan kepada parti, tetapi Lim mengingatkan ahli agar mereka bercakap melalui parti dahulu sebelum yang lain.

"Jika anda rasa parti tidak mendengar suara anda, pergilah kepada media, kami faham.

"Dalam kes ini, dia tak menghubungi parti, tidak menulis tapi terus ke media dan mengulangi apa BN kata," katanya lagi.

Walaupun CEC tidak akan mengadakan semula pemilihan parti, Lim berkata ia masih sebuah parti demokratik dan mendengar cadangan ahlinya.

Semalam, pemimpin bahagian DAP K Yogasigamany dipetik The Star mengatakan pemilihan CEC sebagai tidak sah.

The Star melaporkan beliau berkata dalam sidang media bahawa pemilihan semula perlu diadakan bagi menjaga integriti dan keyakinan rakyat dalam parti.

Beliau berkata persepsi orang ramai bahawa penipuan dan manipulasi dalam pemilihan akan merosakkan imej, reputasi dan kredibiliti parti.

Kesilapan pemilihan parti ini mengundang kritikan dari musuh politik yang mempersoal integriti parti dan mendesak parti untuk mmengadakan pemilihan semula.

Kongres Melayu Pulau Pinang, badan bukan kerajaan mesra PR juga menuntut DAP mengadakan pemilihan semula parti.

Keputusan pemilihan selepas dibetulkan menunjukkan setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari dilantik menjadi ahli CEC, naik dari tangga ke-39 ke tangga ke-20.

Beliau memperoleh 803 undi berbanding 305 undi pada pemilihan tersebut.

Pendatang baru Vincent Wu, yang berada di tangga keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tangga ke-26 apabila sebenarnya hanya memperolehi 669 undi.

Bagaimanapun, CEC tidak akan mengubah keputusan tersebut, kecuali Zairil bukan ahli yang dilantik sebaliknya dipilih, dan Wu dilantik sebagai ahli CEC.

Ahli CEC mempunyai dua orang wakil Melayu, dengan Zairil dipilih sementara Senator Dr Ariffin SM Omar dilantik sebagai naib pengerusi parti.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi