Bahasa

Datuk K stabil selepas terbabit kemalangan di Queenstown, New Zealand

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.

Suami penghibur tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (waktu Malaysia).

Kejadian itu disahkan oleh anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurutnya kemalangan itu berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.

"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.

Beliau berkata Datuk K berada di Queenstown atas urusan perniagaan.

Menurutnya Siti Nurhaliza dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.

Sementara itu, Siti Nurhaliza menerusi akaun Twitternya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin, Indonesia kerana terpaksa membatalkan Konsert Ekspresi Karya Gemilang malam ini ekoran kejadian berkenaan. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments