Bahasa

Debat siapa tiru manifesto berterusan dalam forum PRU13

Ahli forum (dari kiri) Chin Tong, Ping Sieu, Mujahhid dan Saifuddin. – Gambar oleh Choo Choy MayAhli forum (dari kiri) Chin Tong, Ping Sieu, Mujahhid dan Saifuddin. – Gambar oleh Choo Choy May

Perdebatan hangat dalam forum yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) di sini muncul selepas tuduhan oleh timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa Pakatan Rakyat (PR) meniru dasar-dasar kerajaan sedia ada menjadi janji pilihan raya mereka.

“Ya, kita boleh melihat kepada tajuk manifesto: ‘Janji Ditepati Harapan Rakyat’. Sama seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat,” kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS, apabila ditanya oleh penonton apakah BN meniru manifesto PR.

Manifesto BN yang dilancarkan pada Sabtu bertajuk ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’.

Sementara manifesto PR yang dilancarkan pada Febuari bertajuk ‘Pakatan Harapan Rakyat’.

Kedua-dua manifesto menjanjikan beberapa pemberian wang tunai dan perubahan polisi kepada hampir setiap segmen dalam masyarakat.

“Kami yang pada awalnya memulakan semua manifesto ini, akan tetapi selepas seseorang datang kemudian, kami mengatakan mereka peniru,” kata Mujahid sambil menerangkan manifesto PR telah mula dibuat sebaik sahaja pakatan tersebut bersetuju dengan Rangka Polisi Bersama pada Disember 2009.

“Tidak perlu berdebat mengenai siapa yang mulakan dahulu kerana jelas Pakatan yang memulakan beberapa tahun dahulu,” kata pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP Liew Chin Tong bersetuju dengan pandangan Mujahid.

Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu menyerang kembali Liew dengan menegaskan idea-idea yang dibentangkan PR dalam manifeto mereka merupakan idea umum yang tidak dimiliki oleh sesiapa.

“Bagaimana kamu mencuri idea seolah-olah idea boleh dicuri? … anda mahu monopoli dan kredit, “kata Gan.

Rakan beliau dalam forum, ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah walau bagaimanapun, cuba untuk menjauhkan dirinya daripada debat tiru meniru itu.

Beliau mengakui ahli politik selalunya mahu menyerang sesama sendiri berbanding membincangkan isu dan melawak mengenai pada pilihan raya umum ke 14 nanti, semua parti akan berlumba-lumba siapa yang akan mengeluarkan manifesto terlebih dahulu.

“Kita seharusnya membawa perbincangan politik ke tahap seterusnya … Saya rasa rakyat seharusnya menerima ini sebagai rahmat,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerajaan sementara itu mengenai kedua-dua gabungan yang menuduh sesama sendiri meniru manifesto.

“Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak menjadi lebih sederhana dalam pendekatan mereka untuk memenangi pilihan raya umum. “

Isnin lalu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyelar manifesto BN sebagai versi ciplak dari PR. Beliau juga mendakwa hanya 14 peratus daripada janji BN adalah tulen sementara 15 peratus lagi dicuri dari pakatan pembangkang itu.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah menafikan dakwaan dari pembangkang, menuduh PR hanya menunaikan 15 peratus daripada janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya 2008.

Tetapi sementara PR dan BN menjaja manifesto pilihan raya masing-masing sebagai yang terbaik, pemerhati politik mengatakan kedua-duanya kurang mengenai bagaimana untuk melaksanakan penyelesaian kepada masalah negara dan kekurangan rangka kerja dasar lebih besar untuk menyatukan cadangan mereka.

Penganalisis yang di hubungi oleh The Malaysian Insider bersetuju kedua-dua gabungan populis, menggunakan pendekatan membeli undi dalam manifesto mereka, mengetengahkan isu dilihat mampu mengalihkan undi dalam pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah Malaysia.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.