Bahasa

Deepak dipanggil ke pejabat SPRM, akan dedah semua maklumat

Oleh Md Izwan
January 18, 2013

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini memberitahu menerima arahan supaya hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya (SPRM) bagi memberikan keterangan melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Deepak (gambar) memberitahu kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan khidmat ringkas (sms) akan menyerahkan kesemua bukti secara bertulis kepada SPRM apabila bertemu dengan mereka petang ini.

“Ya, SPRM panggil saya berhubung dengan SD kedua Bala,” kata Deepak dalam mesejnya. “Saya akan dedahkan semuanya secara bertulis kepada SPRM hari ini.”

Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis telah didakwa dan menghadapi hukuman mati.

Dalam sidang medianya selepas itu, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2008 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.

Isu pembunuhan Altantunya dan SD Bala ini kembali mendapat perhatian umum selepas Deepak baru-baru ini mengakui beliau terlibat dalam mempengaruhi SD kedua Balasubramaniam.

Beliau juga telah mendedahkan penglibatan seorang “Tan Sri” dalam SD tersebut dan kemudiaannya peguam senior Datuk Zaid Ibrahim juga membuat kenyataan susulan bahawa individu tersebut memegang kedudukan dalam panel Suruhanjaya SPRM.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi