Bahasa

Dengan politik pembangunan, Nizar hanya tinggal kenangan bagi pengundi Pasir Panjang

Pengundi Pasir Panjang berkata wajah bekas wakil mereka Nizar kelihatan kini hanya tinggal kenangan. – Gambar-gambar oleh Choo Choy MayPengundi Pasir Panjang berkata wajah bekas wakil mereka Nizar kelihatan kini hanya tinggal kenangan. – Gambar-gambar oleh Choo Choy May

LUMUT, 25 April — Di Taman Nesa, Pasir Panjang dengan perlahan-lahan kehijauan bendera PAS ditenggelamkan oleh kebiruan bendera Barisan Nasional (BN), bukti pengaruh politik pembangunan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sering tidak kelihatan.

Wajah bekas wakil mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang memenuhi sepanduk pilihan raya dan banting lima tahun lalu, kelihatan kini hanya tinggal kenangan.

Bagi Pilihan Raya 2013, pemimpin PAS itu berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, memberikan peluang kepada BN untuk kembali dan menunjukkan bagaimana mereka mengambil berat tentang kehendak rakyat.

Pengundi memberitahu The Malaysian Insider, mereka masih ingat dengan samar-samar pemimpin lantang PAS - dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke 10 pada 2008, yang pernah mereka undi parti dengan logo bulan itu, akan tetapi untuk kali ini, tanda “X” mereka akan diberikan kepada logo dacing BN.

P. Rajan, tidak bekerja dan berusia 67 tahun, mengatakan beliau akan mengundi sesiapa sahaja yang memberikannya bantuan kewangan.

“Termasuk anda,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam di jalan besar diluar kampung.

“Beri saya wang, saya akan undi anda.”

Pentadbiran Najib telah memberikan dua kali wang tunai RM500 inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menjanjikan peningkatan tunai jika BN menang lagi, memberikan kesan kepada kejiranan rakyat miskin di sini.

Taman Nesar mempunyai 2,000 pengundi, dengan pengundi India berjumlah sehingga 1,600 orang, termasuk komuniti Melayu seramai 350 orang.

Berbekalkan dengan sentimen Hindraf yang meluas di seluruh negara sebelum Pilihan Raya 2008, ramai di sini mengundi Nizar, pemimpin PAS tidak begitu terkenal pada ketika itu menyebabkan kekalahan Datuk Dr S Vasan dari MIC.

Nizar menang dengan majoriti 4,474 majoriti yang kemudiannya mengetuai Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR untuk memimpin negeri Perak.

Lima tahun telah berlalu dan beberapa penduduk Taman Nesa sekarang mengatakan mereka tidak pernah mendengar apa-apa dari ADUN mereka yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, 60 km jauhnya dari Lumut.

“Nizar? Siapa tu?” kata suri rumah A. Kuppaman yang berusia 60 tahun.

Rashidi adalah anak tempatan dari Kampung Pasir Panjang dan setiausaha sulit kepada Menteri Besar sementara Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Rashidi adalah anak tempatan dari Kampung Pasir Panjang dan setiausaha sulit kepada Menteri Besar sementara Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau dengan cepat menarik kembali kata-katanya apabila diberitahu Nizar adalah menteri besar selama 11 bulan sehingga 2009.

“Ya, saya nampak dia sekali. Dia datang untuk tanya apa khabar,” katanya.

Seorang lelaki India yang telah berusia apabila didatangi dipagar rumahnya di Taman Nesa di sini, secara terbuka memberitahu The Malaysian Insider mereka telah mengundi PAS pada Pilihan Raya 2008.

“Akan tetapi kali ini, kebanyakkan daripada kami tidak akan melakukan perkara sama. Kami tidak melihat pembangkang berbuat banyak untuk kami,” katanya.

Nasron Zakaria, 53, seorang bomba, mengatakan semenjak BN mengambil alih semula dalam rampasan kuasa 2009, jalan raya di kejiranannya dibaiki dan sering ditar serta lampu jalan diperbetulkan.

“Ditempat kecil pun kita dapat nampak perubahan,” katanya.

Beberapa baris dari situ, S. Rajeswari, 40 yang tinggal di rumah teres setingkat dengan suaminya, ibu tuanya dan anak kecil mengatakan beliau masih ingat Nizar sebagai seorang lelaki baik akan tetapi kelihatan bersemangat apabila bercakap mengenai calon baru BN untuk kerusi itu, Rashidi Ibrahim.

Anak tempatan dari Kampung Pasir Panjang dan setiausaha sulit kepada Menteri Besar sementara Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Rashidi dilihat akan memberikan ujian getir kepada populariti Nizar dan PR dikerusi majoriti Melayu Pasir Panjang.

“Saya sudah lama kenal dia. Kami panggil dia ‘Cikgu Rashidi” kerana dulu beliau bersama PPD (pejabat pelajaran daerah),” kata Omar Azmi Hussin, 54, seorang pentadbir  sekolah.

Beliau menambah BN boleh kalah di kerusi Pasir Panjang pada 2008 kerana kelemahan calon MIC.

“Sekarang, ini adalah kali pertama Umno bertanding di kerusi itu. Saya rasa beliau ada peluang. Orang kenal dia… dia anak tempatan,” katanya.

Rohawati mengatakan beliau sudah menetap di Lumut lebih 20 tahun dan sekarang menjalankan perniagaan komputer, latihan, jualan dan perkhidmatan di bandar. Rohawati mengatakan beliau sudah menetap di Lumut lebih 20 tahun dan sekarang menjalankan perniagaan komputer, latihan, jualan dan perkhidmatan di bandar. Rashidi bergantung kepada kedudukannya sebagai “anak tempatan” untuk memenangi hati pengundi di Pasir Panjang, taktik yang diselar oleh lawannya dari PAS, Rohawati Abidin dalam satu ceramah kecil di Kampung Serdang malam tadi.

“Mereka mengatakan saya bukan anak tempatan. Benar saya lahir di Kampar, akan tetapi saya sudah tinggal di sini lebih lama daripada calon BN.

“Saya tidak melihat ini sebagai satu isu. Jika kita boleh beri Nizar kemenangan di sini dulu, saya tidak melihat masalah untuk kamu lakukan ini untuk saya,” kata beliau dalam satu ceramah kelompok yang dihadiri seramai 50 orang.

Bercakap kepada The Malaysian Insider kemudiannya, Rohawati mengatakan beliau sudah menetap di Lumut lebih 20 tahun dan sekarang menjalankan perniagaan komputer, latihan, jualan dan perkhidmatan di bandar.

Beliau menyedari tentang peningkatan pengundi di Pasir Panjang melebihi 9,000 dari 26,557 pengundi pada 2008 ke 35,981 pengundi.

“Tetapi kami telah semak dan kebanyakkan mereka adalah pengundi muda. Mereka tahu apa yang berlaku melalui Internet… dan saya mempunyai akaun Facebook dan mereka boleh berhubung dengan saya di sana,” katanya.

Apabila ditemui semasa perhimpunan 1Malaysia di SK Muhammad Samad pagi semalam, Rashidi mengatakan kedudukannya sebagai anak tempatan di Pasir Panjang akan memberikan kelebihan dalam perlawanannya untuk merebut kerusi DUN itu daripada PAS.

“Ini adalah tempat saya dilahirkan. Sudah tentu menjadi anak tempatan, saya mempunyai kelebihan.. sebab saya boleh menjaga kawasan dengan lebih baik dan tahu apa yang diperlukan oleh pengundi di sini,” katanya.

Rashidi dan Rohawati bertempur tiga penjuru dengan seorang calon bebas S Vijayan untuk Pasir Panjang yang terletak dalam kawasan Parlimen Lumut.

Pada Pilihan Raya 2008, parti pembangkang DAP, PAS dan PKR menang secara mengejut di Perak apabila mendapat 31 kerusi DUN berbanding BN yang mendapat 28 kerusi daripada 56 kerusi DUN, membenarkan mereka untuk membentuk kerajaan di bawah payung PR dengan majoriti tipis tiga kerusi.

Walau bagaimanapun, kerajaan PR Perak tumbang setahun kemudian apabila tiga ADUN melompat parti menyebabkan BN kembali memerintah.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.