Bahasa

Di Facebook, NGO wanita ‘dengar, dengar, dengar’ menggelar Bawani ‘Ambiga kecil’

Kumpulan tersebut yang mendakwa sebuah badan bukan kerajaan, dengan bangganya meletakkan video perdebatan antara presidennya dengan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dikenali sebagai Bawani K.S. yang digelar "Ambiga Kecil" dalam 'status' terbaru Facebook hari ini, menyamakan dengan pengerusi bersama Bersih dan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.

"full vid Sharifah hentam little ambiga...............tgk mcmana bavani lari......kikikiki [sic]," kata seorang "admin" di dalam Facebook yang menggunakan nama samaran "Ratu Naga".

Sharifah Zohra (gambar), dilihat memakai butang berlogo 1Malaysia yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), menyerang Bawani dalam klip video selama 25 minit dalam sebuah forum bulan lalu yang dimuatnaik dalam Youtube dan sebuah lagi laman sosial media minggu lalu.

Sementara Sharifah Zohra mendiamkan diri sejak klip video itu tersebar, SW1M berterusan menyerang secara agresif berkaitan episod video tersebut.

Dalam "post" yang berlainan, seorang lagi "admin" SW1M yang dikenali sebagai "Langsi" berkata tidak perlu memohon maaf kepada Bawani kerana dia mengganggu ucapan dalam forum tersebut.

"THERE IS NO NEED FOR HER TO APOLOGIZE TO BAVANI -- AS BAVANI NEED TO LEARN HOW TO RESPECT OTHER'S-- NGEH3 (Tidak perlu memohon maaf kepada Bavani, Bavani perlu belajar menghormati orang lain)," kata Langsi dalam "post" Facebooknya.

Seorang lagi "admin" yang menggunakan nama samaran "Mis Natrah" juga menyebelahi presiden SW1M itu dan menconteng gambar Bawani, dengan menuduh pelajar tersebut bercakap mengenai "cerita dongeng" dan tidak menghormati Sharifah Zohra, "have gut's [sic]" to teach her a lesson (berani dia nak mengajar orang).

Kumpulan yang mempertahankan presiden itu bagaimanapun dikritik pengikut Facebook yang mengkritik penggunaan Bahasa Inggeris para "admin" yang dikatakan lemah.

"Oh my!!! poor thing...you seriously need some intensive english lessons!!!(Oh, anda perlu belajar Bahasa Inggeris dengan lebih intensif)" kata seorang pengguna Facebook, Ashwin Johl.

"Whoahh..SW1M's powderful England,(Whoahh.. SW1M berterabur England)" kata seorang lagi yang dikenali sebagai Han Yang Toh.

Video itu bermula dengan pelajar universiti mengangkat sumpah dalam bahasa Inggeris sebelum pelajar tersebut, Bawani berdiri di mikrofon di auditorium yang penuh dengan orang ramai sebelum bercakap tentang keputusan mahkamah mengenai Bersih tahun lalu dan bertanya mengapa Malaysia gagal memberi pendidikan percuma seperti di beberapa negara lain.

Sharifah Zohra yang menjadi pengerusi majlis dalam forum tersebut, mencelah dan memberitahu kepada Bawani "Listen!(dengar!)" sebanyak 11 kali sebelum merampas mikrofon daripada Bawani bagi menghalang beliau dari bercakap lebih lama.

"Number one, when this is our programme, we allow you to speak,(nombor satu, ini program kami, kami yang benarkan kamu untuk bercakap," kata Sharifah Zohra Jabeen, dan kemudian menambah, "Number two, when I speak, you listen.(nombor dua, bila saya bercakap, awak dengar.)

Sharifah Zohra Zohra turut bertengkar dengan seorang lagi pelajar yang cuba untuk bersuara, dan bercakap berkali-kali "Let me speak"(biar saya bercakap) sebelum bertanya kepada orang ramai "Pelajar di dalam dewan, ada 2,300 pelajar. Did I give her respect? Did I give her respect? I came up to her, shook hands with her and gave her respect as another woman. Do you think I need to answer her question with this attitude?"(Adakah saya berikan dia penghormatan? Adakah saya berikan dia penghormatan? Saya datang kepadanya, bersalam dengannya dan menghormati dia seperti wanita lain. Anda rasa saya patut jawab soalannya dengan perangai begini?)

Beliau melabelkan pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis", dan mengkritik pelajar tersebut apabila bercakap tentang pendidikan percuma dalam negara, dan memberitahu, "if you equate Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia?" "Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere.(Jika kamu membandingkan Malaysia dengan negara lain, apa kamu buat di Malaysia? Pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke Libya, pergi kemana-mana).

"Because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them,(Semua pelajar dalam dewan ini gembira dengan apa kerajaan lakukan pada mereka," katanya lagi dengan berkata Bawani mempunyai "a very least of (kurang) pendidikan".

Pelajar di universiti tempatan sejak akhir-akhir ini lantang bersuara mengkritik kerajaan, lebih-lebih lagi selepas pentadbiran Najib membenarkan pelajar untuk menyertai politik, dalam usaha menyokong generasi muda yang menjadi pengundi terbesar dalam kumpulan demografi.

Tahun lalu, sekumpulan pelajar berdemonstrasi seluruh negara menuntut kebebasan dan pendidikan percuma di universiti.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.