Bahasa

Disebalik perjanjian tanah Raja Ropiaah, Puspahanas masih belum berada ditapak

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

January 04, 2013

Diambil: Tempat di mana Puspahanas adalah untuk di bina — tempat letak kereta di Presint 1, Putrajaya, dekat mana kementerian Kesihatan dan Pengajian Tinggi. — Gambar Saw Siow FengDiambil: Tempat di mana Puspahanas adalah untuk di bina — tempat letak kereta di Presint 1, Putrajaya, dekat mana kementerian Kesihatan dan Pengajian Tinggi. — Gambar Saw Siow Feng

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.

Puspahanas yang terbengkalai seakan-akan serupa dengan skandal awal melanda Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila keluarga beliau dituduh menggunakan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk pelaburan peribadi dan bukannya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tiada papan tanda jalan di Putrajaya bagi projek itu, yang syarikat pembangunan beliau Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005 di atas pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan wang sebanyak RM27 juta.

Misteri lain adalah bagaimana BHB boleh membeli tanah Bukit Raja oleh kerana kerajaan telah ditetapkan tanah itu tidak boleh dijual oleh Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas.

Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita Umno Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik.

Pendedahan Deepak sebelum saman sivil, yang didengar pada masa sama dengan perhimpunan agung Umno tahunan lalu, kemudian membawa kepada penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada unit BHB dengan harga RM30 juta.

Satu lagi pandangan bakal tapak.Satu lagi pandangan bakal tapak.Astacanggih juga mencadangkan untuk membeli tanah Raja Ropiaah dengan RM130 juta, walaupun perjanjian itu tidak boleh dijamin sebelum ini berikutan sekatan daripada kerajaan, yang masih belum menerima kemudahan Puspahanas.

BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283,28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti.

Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad enggan mengulas semalam mengenai projek itu dengan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai projek yang pertama kali diilhamkan pada tahun 1971 itu.

Pada majlis pecah tanah pada tahun 2008, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, ia juga akan menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.

“Menyedari hakikat ini, kita menubuhkan Puspahanas dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara,” katanya semasa majlis pecah projek tersebut di Presint 1 disini seperti dilaporkan oleh agensi berita negara, Bernama.

Gambaran artis Puspahanas, diambil dari arkitek Garis — scenic4u.wordpress.com.Gambaran artis Puspahanas, diambil dari arkitek Garis — scenic4u.wordpress.com.Projek itu sepatutnya siap pada tahun 2011 dan juga menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).

Terdahulu pada tahun 2006, timbalan pengerusi kebangsaan DAP pada ketika itu dan ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut di tapak asal Templer Park.

“Janganlah kita dengan mudah memindahkan projek dari berhampiran Taman Templer, Rawang ke Putrajaya. Dengan berbuat demikian bermakna membatalkan perjanjian itu dan implikasi yang dahsyat, “ katanya dalam satu kenyataan pada ketika itu.

Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan. Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan.

Dr Tan berkata bahawa pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya.

Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi