Bahasa

DPMM gesa Putrajaya serah kepentingan perniagaan kepada Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menggesa kerajaan mengagihkan pegangan komersial yang menguntungkan dan bukannya pelan semasa yang hanya menghasilkan 10 aset bukan teras kepada kepentingan Bumiputera.

DPMM berkata, sasaran kerajaan untuk Bumiputera adalah pegangan 30 peratus ekuiti dalam ekonomi yang tidak menguntungkan.

Putrajaya semalam menegaskan sasaran itu akan dicapai pada 2020 ketika pengumuman bulan lalu yang menyaksikan pegangan ekuiti Bumiputera telah mencecah 23 peratus pada 2010.

Namun DPMM menegaskan kepada pemberita “ekuiti satu perkara, perniagaan pula satu perkara lain.”

“Ekuiti itu bagus. Tapi tanpa keuntungan, ia tidak memberikan sebarang makna. Jika boleh, kami mahukan kesemuanya. Kenapa kerajaan masih menyimpannya? Mungkin boleh dijual sahaja dan dijadikan perniagaan,” kata Presiden DPMM Syed Ali Alattas merujuk kepada rancangan kerajaan untuk memyerahkan aset-aset kerajaan yang bukan teras kepada firma Bumiputera.

Syed Ali mengambil contoh Hotel Thistel di kampung halamannya di Johor Bahru, “yang mana dimiliki orang Melayu tapi tidak menguntungkan. Apa hasilnya?”

“Baik ada 100 RM3 juta hotel tiga bintang daripada ada RM300 juta hotel yang tidak menguntungkan,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak telah menjelaskan komitmennya pada bulan lalu untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional (Khazanah) untuk menghasilkan lima perniagaan bukan teras kepada firma Bumiputera sebagai sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam ekonomi.

Febuari lalu, perdana menteri telah mengumumkan 12 entiti berkaitan kerajaan akan diserahkan kepada pemilik Bumiputera “yang memerlukan”, telah menimbulkan kebimbangan dari seluruh jurang politik bahawa langkah itu mencerminkan pelan era Mahathir yang gagal untuk membentuk usahawan Bumiputera pada tahun 1990an.

Tahun lalu, Khazanah membuat lapan pemberian yang mana diteruskan pada RM7.7 bilion dan membantu keuntungan syarikat sebelum cukai untuk tahun keseluruhan kepada RM5.3 bilion daripada RM3 bilion pada 2010.

Pelupusan utama termasuk penjualan kepentingan 32 peratus dalam Pos Malaysia Bhd, pemilikan  Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada DRB-Hicom untuk RM622.8 juta dan penswastaan sepenuhnya PLUS Bhd melalui pengambilalihan bersama oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada bulan Januari, Khazanah juga mengumumkan penjualan pegangan 42.7 peratus dalam pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd DRB-Hicom, yang dikawal oleh jutawan Melayu di Malaysia, dengan harga RM1.3 bilion.

Syed Ali menambah hari ini bahawa peralihan perniagaan bukan teras kepada Bumiputera harus “bukan berdasarkan hanya sama ada mereka mempunyai dana tetapi sama ada mereka boleh menguruskannya atau tidak.”

Beliau menambah bahawa ahli-ahli DPMM berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil alih aktiviti-aktiviti ini, di mana 42 organisasinya terdiri daripada 10,000 profesional termasuk arkitek, peguam, jurutera, juruukur dan saintis.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.