Bahasa

Dr M: PAS menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai umpan dapatkan undi

KUALA LUMPUR, 3 Feb — PAS mempolitikkan agama dan menggunakan kalimah “Allah” sebagai umpan mendapatkan undi dalam  pilihan raya tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini  serta memberi amaran ketegangan antara agama walaupun penganut Islam di Malaysia majoritinya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mantan perdana menteri itu berkata tidak seperti penganut Islam lain di dunia yang terpecah kepada dua mahzab, umat Islam di Malaysia hanya mengikut doktrin Sunni, pada masa sama menekankan terdapat parti-parti politik tertentu mengeksploitasi agama demi kepentingan sekular.

“Kalimah ‘Allah’ sudah digunakan untuk pancing undi,” tulis Dr Mahathir (gambar) dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

“Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.

“Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut,” kata beliau lagi.

Serangan Dr Mahathir tersebut dilihat terarah kepada pemimpin PAS pusat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang merupakan Mursyidul Am parti  Islam tersebut, yang mana beliau menuduh menteri besar Kelantan itu pada awal artikelnya sebagai seorang yang sekular daripada mementingkan hal agama.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.