Bahasa

Dr M pertahan Rosmah, mengatakan beliau berhak berprofil tinggi

"Tiada ketetapan yang perlu dipenuhi jika kamu menjadi isteri perdana menteri (PM)," kata beliau kepada wartawan apabila ditanya mengenai isteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kamu boleh menonjol ikut suka kamu."

Dr Mahathir (gambar) juga memberi sokongannya kepada langkah Rosmah untuk menangkis kritikan status profil tinggi ke atasnya dan pelbagai tuduhan lain dengan menulis biografi.

"Saya rasa jika kamu terus buat tuduhan ke atas beliau dan beliau membalasnya jadi adakah ia terlalu berprofil tinggi?

"Adakah beliau perlu berdiam diri?"

Mantan PM tersebut yang menjadi pemangkin sokongan kepada pentadbiran Najib juga berkata kedudukan profil tinggi Rosmah adalah berpunca terhadap "semua jenis tuduhan itu."

"Jadi, beliau perlu buat pembetulan," tambah Dr Mahathir.

Semalam, Rosmah mengumumkan akan menjawab semua isu persoalan dan tuduhan "fitnah" ke atasnya dalam biografi yang akan dilancarkan Januari ini menurut penerbit Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).

Penaung rasmi yayasan tersebut berkata satu bab di dalam buku setebal 164 muka surat itu adalah tentang isteri PM yang dikhaskan untuk menafikan tuduhan tetapi tidak menyatakannya dakwaan mana satu.

"Bab paling menarik adalah bab soal-jawab yang jujur, dan beliau (Rosmah) akan menjawab semua dengan jujur isu tersebut dan tuduhan," kata penasihat penerbit, Ahmad Maslan.

Beliau berkata perkara ini adalah antara tujuan utama penerbitan biografi ini, serta mengandungi banyak gambar dan butiran tentang kehidupan Rosmah daripada zaman kanak-kanak hinggalah sekarang.

"Jika ia mempunyai 10 objektif, satu akan menjadi jawapan ke atas tuduhan, untuk memberitahu cerita tentang diri beliau yang sebenarnya sering disalah faham.

"Ia bukan semata-mata untuk menjawab semua pertuduhan tetapi memberikan gambaran sebenar Rosmah dan apa yang diperjuangkannya," tambah Ahmad.

Pengeruso YAPM, Shamsulbahrin Ludin juga berkata orang awam perlu bersara untuk menunggu buku tersebut dilancarkan.

"Mesti tunggi, kami tunggu. Apa yang sudah disediakan akan dikaji dan apabila ia lengkap, ia akan terjawab," terang beliau.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.