Bahasa

Dr M: Ramai ulama tinggalkan PAS bukti parti jauh tersasar

Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini. – Gambar failDr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini. – Gambar fail

ALOR STAR, 15 April — Tindakan ramai ulama PAS meninggalkan parti itu membuktikan PAS kini telah jauh tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kesalahan besar PAS ialah kerana berkawan dengan DAP yang jelas menolak Islam.

“Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangang.

“Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) hendak mempergunakan DAP untuk tawan Putrajaya,” katanya berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini, dan parti itu tidak seperti MCA dan MIC yang mahu berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan. – Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments