Bahasa

Dr M tidak gembira cadangan Putrajaya turunkan harga kereta

KUALA LUMPUR, Feb 28 — Tindakan Putrajaya untuk menurunkan kadar duti kereta import tidak dipersetujui Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau merasakan Proton seharusnya diberikan keutamaan walaupun mempunyai prestasi yang merundum dalam industri pembuatan kereta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menurunkan duti import kereta daripada Jepun dan Australia secara berperingkat bermula esok sebagai langkah untuk menyaksikan duti sifar daripada kedua-dua negara itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Sebagai penasihat Proton sudah tentu saya mahu melihat Proton menjual lebih banyak kereta namun polisi itu akan memberikan kesan kepada jualan Proton," katanya (gambar) kepada pemberita selepas berucap dalam majlis Polisi Pandang ke Timur di Universiti Teknologi Malaysia di sini.

"Sebagai penasihat Proton sudah tentu saya mahu melihat Proton menjual lebih banyak kereta namun polisi itu akan memberikan kesan kepada jualan Proton," katanya (gambar) kepada pemberita selepas berucap dalam majlis Dasar Pandang ke Timur di Universiti Teknologi Malaysia di sini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan pengumuman akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun selepas perbincangan antara kerajaan dan pemain industri.

Jelas MITI, harga bagi kereta baru telah pun turun sejak dua atau tiga bulan lalu dalam kadar tiga hingga lima peratus.

Dr Mahathir berkata, "sekiranya boleh" Proton mahu Putrajaya terus menyokong syarikat tersebut melalui pelindungan.

Beliau berkata ianya perlu kerana Proton dipaksa berjuang "berhabis-habisan" dengan pemain industri lain sejak Putrajaya meliberalisasikan beberapa aspek dalam industri automatif di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA).

"Sudah tentu jika boleh Proton mahukan perlindungan, namun kebanyakan perlindungan ini telah dihapuskan jadi Proton sedang bersaing sedaya upaya mungkin," katanya.

Namun pemimpin yang menjadi tulang belakang Proton ini keputusan itu masih terletak kepada pemerintah.

"Industri kereta negara akan menghadapi cabaran besar," katanya.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments