Bahasa

Dua lelaki dihukum gantung kerana edar dadah

ALOR SETAR, 26 Sept — Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2,805 gram di Gurun, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh Rizal Sham Ahmad, 32, seorang pemandu van kilang dan rakannya Md Fitri Md. Saad, 31, seorang penganggur dituduh mengedar dadah di tempat letak kereta di hadapan pasaraya Aneka, Gurun kira-kira pukul 4 petang 7 Februari 2006.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Rizal Sham diwakili peguam M.Chandran, manakala Md. Fitri diwakili peguam A.Ashok.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim. — Bernama

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments