Bahasa

Dua pegawai DBKL dikasari bila peserta perhimpunan cuba dirikan khemah

Dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari sekumpulan peserta perhimpunan anjuran pembangkang kerana cuba menghalang mereka mendirikan beberapa khemah di Padang Merbok, di sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka. 

Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari. 

"Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul dan sekarang berada dalam van DBKL," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu. 

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan. - Bernama, 22 Jun, 2013.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments