Bahasa

Empat lelaki samun premis perniagaan di Kepong

September 12, 2012

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Empat lelaki menyamun sebuah premis perniagaan dan melarikan wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas pekerja premis berkenaan dalam kejadian di Metro Perdana, Kepong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, keempat-empat suspek yang menaiki sebuah kereta menyamun premis terbabit dengan bersenjatakan sebilah parang dan satu objek menyerupai pistol.

"Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut."

Beliau berkata kesemua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta selepas kejadian tersebut.

Difahamkan, salah seorang suspek adalah warga asing dan semasa kejadian, terdapat 11 pekerja dalam premis tersebut.  — Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi