Bahasa

Enam pengikut ajaran sesat mengaku bersalah simpan dokumen langgar syariat Islam

May 14, 2013

KUANTAN, 14 Mei — Seramai enam orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lepas.

Husin Ismail, Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Mohd Khalilie Zazali, Syahiszam Soid, Mohd Nizam Mohd Salleh dan Mohd Shahril Mohd Jaafar didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan 27 Ogos untuk jatuh hukum berikutan wujud masalah teknikal pada barang-barang bukti yang dirampas pada tarikh tertuduh ditangkap.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fahmi Abd Jalil. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi