Bahasa

Enam, termasuk remaja mati terbakar dalam nahas Nissan Skyline

December 18, 2013

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan Nissan Skyline yang hangus terbakar.Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan Nissan Skyline yang hangus terbakar.Enam termasuk seorang remaja, mati terbakar selepas kereta mewah yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di lebuh raya dan meletup di bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Saksi berkata, semua mangsa dipercayai sekeluarga datang dari arah terowong Smart ke Jalan Perkasa kira-kira jam 12.40 pagi ketika kereta Nissan Skyline yang mereka naiki hilang kawalan dan terlanggar tiang konkrit.

The Star melaporkan kereta tersebut terbakar, tetapi bergerak beberapa meter ke hadapan sebelum terhenti.

Seramai 13 ahli bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mayat yang rentung daripada rangka kereta.

"Semua mayat mangsa dalam keadaan rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Ada tiga lelaki dan tiga wanita yang kami percayai adalah dewasa semuanya.

"Kecualis satu yang kami percaya seorang remaja berdasarkan kajian paramedik.

"Apabila kami tiba di tempat kejadian, ia dalam keadaan huru-hara. Kereta masih terbakar dan anggota badan mangsa tercampak di sana-sini," kata Komander Operasi, Hamid Daud yang dipetik daripada The Star Online.

Semua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – 18 Disember, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi