Bahasa

EU akan bekerjasama dengan mana-mana ‘kerajaan terpilih secara demokratik’

Oleh Zurairi AR
January 25, 2013

PETALING JAYA, 25 Jan — Duta Kesatuan Eropah (EU) Luc Vandebon mengatakan kesediaan badan tersebut untuk bekerjasama dengan mana-mana “kerajaan yang terpilih secara demokratik”, dalam pertemuannya bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.

Lawatan ini berlaku pada ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang sibuk dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland selama lima hari.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi, dan kita berharap  dapat meneruskan rundingan ini secepat mungkin,” Vandebon memberitahu pemberita di sini, selepas bertemu Anwar bagi membangkitkan pelbagai isu ekonomi kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penggubal undang-undang.

Dalam perbincangan itu, EU menyatakan sokongan mereka ke atas integrasi Asean, dan tidak sabar untuk mengadakan hubungan dua hala perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Sejak 2010, EU telah mempunyai tujuh pusingan rundingan dengan Malaysia bagi perjanjian perdagangan bebas, tetapi proses ini menjadi perlahan menjelang spilihan raya umum ke-13.

Mandat pertama bagi rundingan datang dari Presiden Suruhanjaya Eropah Jose Manuel Barroso dan Najib pada Oktober 2010, dan pada asalnya dirancang untuk membuat kesimpulan dalam masa dua tahun.

“Alasan utama untuk ini kerana rundingan adalah sangat kompleks ... tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh dua tahun seperti yang ditetapkan,” kata Vandebon, apabila ditanya mengenai kelewatan perjanjian tersebut.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi