Bahasa

Fatimah wanita pertama ketua balai polis di Terengganu

BESUT, 2 Jun — Sarjan Mejar Fatimah Hassan, wanita pertama dilantik menjadi Ketua Balai Polis di Terengganu, berkata beliau akan sedaya upaya memastikan kes kecurian motosikal, pecah rumah dan penagihan dadah di kawasan Kuala Besut dikurangkan.

Ibu kepada seorang anak ini berkata pengalaman berkhidmat hampir 30 tahun sebagai anggota polis akan membantu beliau menjalankan tugas barunya termasuk menyelia 13 anggota bawahan di Balai Polis Kuala Besut.

Fatimah, 53, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Balai Kampung Raja, menggantikan tempat Sarjan Mejar Tajib Kusban yang mengambil alih jawatan Fatimah di Balai Polis Kampung Raja.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai konstabel pada 1981 dan pernah bertugas di Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum bertukar ke Besut pada 1989.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata berdasarkan tempoh dan rekod perkhidmatannya, beliau yakin Fatimah mampu melaksanakan tugas barunya dengan berkesan. — Bernama



Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments