Bahasa

Fuziah: Jika menang, Pakatan akan tetap tutup Lynas

Fuziah menegaskan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat amat jelas. - Gambar failFuziah menegaskan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat amat jelas. - Gambar failKUANTAN, 15 Mac — Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya berkompromi dan akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang jika menang pilihan raya umum (PRU) ke 13, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk meredakan kebimbangan mereka akan melakukan sebaliknya.

Ini berikutan laporan media memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) boleh diteruskan jika terbukti selamat.

“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata Fuziah dalam satu kenyataan di sini.

Sebagai salah yang awal menentang loji tersebut, Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia.

“Malah jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng,” kata naib presiden PKR itu.

Pemerhati melihat Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas dimana beliau berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru.

Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu.

“Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age.

Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu.

Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin PR akan menutup loji tersebut.

Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tuck juga minggu ini menyanggah kenyataan Anwar tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji Lynas.

Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui “pintu belakang”, seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan.

“Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali,” katanya.

Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.