Bahasa

Gan Leong Hin dilantik ketua pegawai kewangan baru PAMB

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) mengumumkan pelantikan Gan Leong Hin sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharunya.

Gan, yang menyandang jawatan itu mulai 5 April, 2013, bertanggungjawab bagi memaksimumkan nilai pemegang saham daripada operasi syarikat di samping menyediakan sasaran kewangan jangka panjang dan pendek.

Beliau juga akan bertindak sebagai penasihat kepada ketua pegawai eksekutif Philip Seah dan pasukan pengurusan kanan berkaitan kedudukan kewangan dan strategi PAMB bagi memastikan keuntungan kewangan jangka panjang dan kemapanan perniagaan.

“Saya gembira dengan penyertaan Leong Hin dalam lembaga bagi membantu kami memacu strategi kami dan melaksanakan rancangan kewangan syarikat.

“Memandangkan pengalaman dan pengetahuan luas beliau dalam industri, lembaga yakin beliau akan menerajui pembangunan pelan perniagaan strategik bagi fungsi-fungsi kewangan, aktuari dan hartanah syarikat dan membawakan perniagaan ke tahap pertumbuhan dan kejayaan seterusnya,” kata Seah dalam satu kenyataan. 

Seah berkata pelantikan itu akan menyokong lagi pembangunan strategik tenaga kerja PAMB.  – Bernama 

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.