Bahasa

Gempa bumi kuat landa kepulauan Santa Cruz

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kepulauan Santa Cruz pada 9.12 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 69 kilometer barat daya dari Lata, Kepulauan Solomon, 5,441 kilometer tenggara dari Semporna, Sabah.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami dan jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan terkini. — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.