Bahasa

Gempa bumi kuat landa Taiwan

June 02, 2013

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 1.43 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Kenyataan jabatan itu menyebut gempa itu berpusat di 23.8 darjah Utara dan 121.1 darjah Timur, kira-kira 42km tenggara Fengshan, Taiwan dan 1,934km timur laut Kudat, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi