Bahasa

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Halmahera di Indonesia

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Kepulauan Halmahera, di wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada pukul 7.16 malam ini, menurut Jabatan Meterologi Malaysia. Dalam kenyataan di sini, jabatan itu berkata lokasi gempa bumi itu terletak 25km timur laut Ternate di wilayah Maluku Utara dan 1,069km tenggara Semporna, Sabah. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. – Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.