Bahasa

Harga getah dijangka terus lega minggu depan

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pasaran getah Malaysia dijangka lesu minggu depan dengan beberapa peserta akan menjauhi pasaran ekoran kekurangan petunjuk baharu, kata para peniaga.

Harga-harga getah di Bursa Komoditi Tokyo akan terus mempengaruhi pergerakan harga-harga getah tempatan minggu depan, kata seorang peniaga.

Berdasarkan perbandingan mingguan, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 menambah 15.5 sen kepada 857.5 sen sekg sementara susu getah pukal lebih tinggi dua sen kepada 620 sen sekg.

Harga tawaran penutup tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 mengukuh lapan sen kepada 856.5 sen sekg dan susu getah pukal naik 0.5 sen kepada 619 sen sekg. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments