Bahasa

Harga getah Malaysia dijangka bertambah baik minggu depan

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Harga getah Malaysia dijangka bertambah baik minggu depan di tengah-tengah pemulihan data ekonomi dari China dan Amerika Syarikat, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata China, pengguna getah terbesar, mengembangkan import komoditinya untuk menyimpan semula stok. 

Bagaimanapun, seorang peniaga lain berkata situasi penawaran dan permintaan dan pasaran juga akan menjadi faktor utama yang mempengaruhi harga komoditi itu.

Pasaran getah Malaysia juga akan menjejaki pergerakan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai minggu depan, katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, harga getah bergerak dalam jajaran ketat, menjejaki pergerakan di TOCOM.

Bagi asas minggu ke minggu, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 34 sen untuk mengakhiri minggu ini pada 777.5 sen sekilogram berbanding 743.5 sen sekilogram pada Jumaat minggu sebelumnya. 

Susu getah pukal meningkat empat sen kepada 590 sen sekilogram daripada 586 sen sekilogram sebelumnya. 

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik 33.5 sen kepada 794 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 7.5 sen kepada 593.5 sen sekilogram. — Bernama 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.