Bahasa

Harga getah Malaysia diramal turun naik minggu depan

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Harga getah Malaysia dijangka turun naik minggu depan ekoran sentimen ekonomi global yang lemah, kata peniaga.

Peniaga itu berkata harga akan dipengaruhi oleh data-data ekonomi utama yang akan diumumkan oleh China dan AS, yang mungkin memberi isyarat mengenai permintaan bagi barangan komoditi.

Katanya harga getah akan mendapat sedikit sokongan berikutan musim kemarau di negara-negara pengeluar utama yang akan menjejaskan pengeluaran getah.

Pasaran getah tempatan akan terus memantau harga-harga di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) sebagai penanda arasnya.

Sepanjang minggu ini, harga getah bergerak lebih tinggi sejajar dengan pergerakan di TOCOM dan disebabkan oleh penurunan nilai yen dan ringgit berbanding dolar AS.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, harga tunai rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar, SMR 20, naik 1.4 sen kepada 892.5 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal meningkat 5.5 sen kepada 622.5 sen sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi bagi SMR 20 mengukuh 16 sen kepada 897.5 sen sekilogram dan harga susu getah pukal meningkat 9.5 sen kepada 625 sen sekilogram. — Bernama

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments