Bahasa

Himpunan Kebangkitan Rakyat ke Kuala Lumpur bulan hadapan

December 20, 2012

Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianggotai oleh parti pembangkang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.

"Kami akan berhimpun di Stadium Merdeka. Di beri atau tidak satu juta akan turun," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad mobilisasi dari seluruh negara sudah dilakukan semenjak dua bulan lalu untuk memastikan angka sejuta dapat dicapai pada perhimpunan yang bermula pukul 2.00 petang itu.

Pengerusi jawatankuasa teknikal bagi perhimpunan ini Hishamuddin Rais mengatakan perhimpunan yang dianjurkan ini bukanlah mirip perhimpunan Arab Spring.

"Perhimpunan ini adalah Malaysian Durian. Keras tapi akhirnya manis," katanya.

Perhimpunan ini turut disokong oleh Himpunan Hijau yang menentang Kilang Pemprosesan Nadir Bumi, Lynas.

"Hanya regime change yg akan menamatkan kilang Lynas," kata pengerusinya Wong Tuck.

Menjelang pilihan raya 2008, parti pembangkang dan NGO pernah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Hindraf berhimpun di Kuala Lumpur pada penghujung 2007 sehingga dikatakan menjadi punca "Tsunami Politik" yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi