Bahasa

Hishammuddin: Majoriti rakyat faham usaha kerajaan pupuk perpaduan

Hishammuddin berkata budaya fitnah dan provokasi itu termasuk membabitkan isu sensitif akan berterusan menjelang pilihan raya umum ke-13. – Gambar failHishammuddin berkata budaya fitnah dan provokasi itu termasuk membabitkan isu sensitif akan berterusan menjelang pilihan raya umum ke-13. – Gambar failMELAKA, 3 Feb – Majoriti rakyat memahami usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya kerana itu juga majoriti rakyat menolak perbuatan sesetengah pihak yang cuba mencetus kebencian kepada kerajaan dengan menabur fitnah serta menggalakkan provokasi.

“Ini bukan budaya dan amalan kita dan sebagai majoriti kita menolak sikap segelintir minoriti ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran ‘My Beautiful Malaysia Day’ peringkat Melaka, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata budaya fitnah dan provokasi itu termasuk membabitkan isu sensitif akan berterusan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Bila ada kes sebegini, polis akan melakukan siasatan secara telus dan hanya bertindak terhadap pihak bertanggungjawab selepas mendapat pengesahan dan bukti kukuh, katanya.

Ini bagi mengelakkan perkara itu menjadi lebih buruk dan inilah yang dikehendaki pihak terbabit, katanya.

Sementara itu lebih 100,000 rakyat di negeri ini menyertai program berkenaan yang berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam  serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  – Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments