Bahasa

Husam ajak debat isu Terengganu antara Shabery, Rafizi

PAS mengajak Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, hari ini.

Beliau menjemput Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili Barisan Nasional (BN) sementara Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mewakili Pakatan Rakyat.

Husam juga mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.

"Dengan penyertaan Ahmad Shabery, ia boleh mendapat liputan langsung RTM," katanya Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dewan Undangan Negeri Kuala Besut itu. - Bernama, 18 Julai, 2013.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments