Bahasa

Ibu kepada calon PAS Putrajaya Husam Musa meninggal dunia

May 04, 2013

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ibu kepada calon PAS bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa meninggal dunia tengah hari ini.

Salma Idris meninggal dunia sehari sebelum rakyat Malaysia mengundi untuk Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei esok.

Solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang ini di Masjid Kota, Salor di Kelantan.

"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang-orang yang beriman," kata pembantu Husam dalam dipetik dari portal berita Harakahdaily.

"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara. Al-Fatihah," katanya.

Husam akan berhadapan dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi