Bahasa

Imej ‘Bonda Maryam’ masih menarik orang ramai ke hospital

Imej yang dikatakan menyerupai imej Imej yang dikatakan menyerupai imej SUBANG JAYA, 15 Nov — Imej yang dikatakan menyerupai ‘Bonda Maryam’ terus menarik ratusan penganut Katholik yang terus mahu melihat sendiri imej tersebut di sebuah hospital di sini, walaupun dalam keadaan cuaca buruk dan cuti umum.

Selasa lalu, Sime Darby Medical Centre (SDMC) bersetuju untuk memberikan beberapa kepingan gelas tingkap kepada sebuah gereja di Klang, Marian Church of Our Lady Lourdes Klang.

Menurut beberapa orang yang ditemuramah The Malaysian Insider, mereka faham pihak hospital perlu mengawal orang ramai dari memasuki kawasan hospital untuk ketenangan para pesakit, dan berkata gereja di Klang itu akan menjadi tempat lebih baik bagi penganut Katholik beribadat.

“Ia akan jadi tempat yang lebih baik untuk kami,” menurut Jane Das, 56 tahun apabila ditanya keputusan untuk memindahkan gelas tingkap tersebut.

Penduduk SS14 juga memuji cara pihak hospital mengawal orang ramai yang datang.

“Saya merasakan mereka sangat bermurah hati dengan mendirikan khemah untuk kami beribadat,” katanya lagi, merujuk kepada dua khemah yang didirikan beberapa hari lalu.

Menurut Jane, pihak hospital juga menyediakan kotak tempat meletak lilin untuk para penganut Katholik beribadat.

Beberapa kuntum bunga juga diletakkan berhampiran kotak tersebut.

Pasangan Katholik dari Klang itu juga menghulurkan lilin kepada orang ramai, walaupun lilin tersebut telah cair dan memenuhi kotak tersebut.

Orang ramai beribadat dan menyanyikan lagu gereja, sambil memegang payung dan mengambil gambar tingkap kaca tersebut.

Pegawai RELA juga dilihat mengawal lalulintas bagi kenderaan dan pejalan kaki bagi memastikan trafik berjalan lancar.

Salah seorang pegawai RELA yang dikenali sebagai Rosli, 54 tahun memberitahu The Malaysian Insider beliau telah mengawal perjalanan trafik sejak Isnin, dengan menambah tiga orang lagi pegawai untuk mengawal lalulintas.

“Hari ini adalah Awal Muharam, namun kami bekerja untuk menjaga orang Kristian, tiada masalah,” kata ketua anggota platun RELA Mentari Court, yang merupakan seorang Muslim.

Imej yang dikatakan menyerupai ‘Maria’, ibu kepada Yesus telah dilaporkan kelihatan minggu lalu dan dirakam melalui kamera serta tersebar di laman sosial Facebook.

Ini adalah kali pertama dilaporkan kemunculan tanda “Bonda Maria” di Malaysia. Fenomena ini juga pernah dilaporkan di seluruh dunia.

Pihak gereja Katholik tidak membuat sebarang kenyataan sehingga imej tersebut dikaji dan disahkan oleh pakar agama Kristian dan pihak gereja, dikatakan akan mengambil sedikit masa.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.