Bahasa

Ini adalah tentang kita!

Seorang lelaki berdiri di hadapan bendera Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Georgetown, 4 Mei, 2013. — Gambar ReutersSeorang lelaki berdiri di hadapan bendera Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Georgetown, 4 Mei, 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari mengundi. Akhirnya kita sampai di sini. Hari ini, kita — 13.3 juta daripada kita yang layak mengundi — akan menentukan bagaimana keadaan lima tahun akan datang.

Sepanjang dua minggu tempoh berkempen telah membawa keluar perkara baik dan buruk bukan sahaja bagi calon, tetapi bagi diri kita. Orang-orang yang dipikat untuk mengundi.

Sesetengah orang mengatakan ini telah menjadi perbalahan pilihan raya terhebat kerana kawan dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri kerana pandangan berbeza.

Ini telah selalu berlaku akan tetapi sekarang, dengan Facebook dan media sosial lain, “pergaduhan” menjadi lebih besar dan tersebar dengan lebih cepat.

Akan tetapi ini, ini adalah tindakan demokrasi sebenar. Walaupun sebelum satu kertas undi dipangkah, kita sudah menyaksikan perselisihan dan putus kawan di Facebook dan di mana sahaja akan tetapi, tidak mengapa sebenarnya. 

Akhirnya, kita belajar untuk menyuarakan pendapat kita. Kita belajar untuk bersuara. Tidak mengapa jika anda tidak bersetuju dengan apa yang kawan anda katakan. Tidak mengapa jika anda fikir dia bodoh kerana menyokong sesetengah calon.

Daripada ini, kita diharapkan belajar untuk tidak bersetuju sesama sendiri. Hidup dalam keadaan harmoni adalah mimpi yang dijual oleh pemimpin kita selama beberapa tahun. Kita diberitahu harmoni bermaksud mendiamkan diri, memendamkan perselisihan kita, menelan kemarahan kita.

Akan tetapi, masih terdapat harmoni walaupun ada perselisihan. Kita hanya perlu ingat semua orang ada hak untuk mempunyai pendapat, pilihan. Kemudian, suarakannya.

PRU13 juga menyaksikan rakyat Malaysia terlibat secara beramai-ramai: golongan kelas menengah menjadi ejen mengundi dan sukarelawan, mengorbankan masa bernilai bersama keluarga untuk dilatih bagi “tugasan” penting ini; jiran-jiran berkumpul untuk “menanam” bendera pelbagai warna disepanjang bandar dan di Petaling Jaya untuk menunjukkan mereka mengambil berat tentang pilihan raya, negara ini.

Buat pertama kali, golongan kelas menengah yang selama ini hanya tahu merungut bertukar melakukan tindakan. Mereka keluar dari zon selesa dan melibatkan diri dengan satu sama lain.

Jadi, tidak kira apa yang berlaku hari ini, pemenangnya sudah ditentukan: ia adalah kita.

Sambil kita mengundi hari ini, mari kita ingat tentang itu. Ini bukan kerana Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ini adalah tentang kita.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.