Bahasa

Inkuiri diberitahu keganasan polis semasa perhimpunan bukti cadangan Suhakam diketepikan

Oleh Nomy Nozwir
January 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)  mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengambil tindakan tegas ke atas keganasan polis dalam perhimpunan orang ramai.

Keganasan polis pada 28 April tahun lalu terus berlaku walaupun Suhakam memberi cadangan selepas perhimpunan sebelum ini. Gambar AFPKeganasan polis pada 28 April tahun lalu terus berlaku walaupun Suhakam memberi cadangan selepas perhimpunan sebelum ini. Gambar AFPKeganasan polis pada 28 April tahun lalu terus berlaku walaupun Suhakam memberi cadangan selepas perhimpunan sebelum ini, kata peguam kepada gabungan menuntut reformasi pilihan raya itu kepada inkuiri Suhakam mengenai keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

“Kami mahu cadangan dari Suhakam selepas inkuiri perhimpunan Bersih 3.0 ini lebih terperinci dan lebih tegas,” kata peguam Bersih 3.0 Mahaletchumi Balakrishnan pada inkuiri hari ini.

“Mandat yang diberi kepada Suhakam di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, tetapi jika tidak ada tindakan diambil dan tiada perubahan selepas cadangan dibuat, ini menunjukkan kuasa Suhakam tidak digunakan dan peranannya sebagai badan hak asasi manusia hanya ilusi,” katanya lagi.

Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee, panel akan membuat keputusan inkuiri tersebut pada minggu kedua Februari, selepas Tahun Baru Cina.

“Kita sedar cadangan kita tidak diambil serius oleh polis, jadi kita akan jumpa polis,” kata Dr Khaw pada sidang media selepas penggulungan oleh Majlis Peguam, Bersih dan pihak polis dalam inkuiri yang berlangsung hari ini.

Dalam sesi penggulungan selama tiga jam itu, ketiga-tiga pihak telah merumuskan fakta penting sepanjang inkuiri ini berlangsung sejak 21 Mei tahun lalu.

Seramai 49 orang saksi, termasuk 18 orang polis dipanggil sepanjang inkuiri ini berlangsung.

ACP Jamaludin Abdul Rahman yang mewakili pihak polis berkata, tidak ada sebab untuk pihak Bersih mengadakan perhimpunan memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan beberapa tuntutan yang diperjuangkan Bersih, kecuali mereka menjadi kuda tunggangan luar.

“Bersih menerima dana dari National Democratic Institute (NDI) sebanyak RM92,000 untuk menjalankan aktiviti, kita tahu bahawa NDI telah banyak menyalurkan dana kepada kumpulan-kumpulan yang menggulingkan kerajaan yang dipilih dengan sah.

“Walaupun jumlahnya kecil,cuma RM92,000 tetapi ia boleh memusnahkan,” kata Jamaludin dalam penggulungan hujah.

Ini merupakan inkuiri kesembilan yang dijalankan SUHAKAM selepas penubuhannya, dimana separuh dari jumlah inkuiri berkenaan aduan berkenaan keganasan pihak berkuasa dalam mengawal orang ramai semasa perhimpunan.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi