Bahasa

Jamil Khir: Dakwaan lelaki Melayu kahwin sejenis disiasat

BANGI, 17 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara. 

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga,” kata beliau dipetik Bernama Online. 

“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. 

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 

Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir (gambar) berkata kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri. 

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.