Bahasa

Jeffrey Kitingan sah bertanding kerusi Parlimen Keningau, DUN Bingkor

April 11, 2013

KOTA KINABALU, 11 April — Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor pada pilihan raya umum ke-13 ini.

“Ya, saya akan bertanding di Keningau dan Bingkor,” katanya semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau tewas kepada abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Datuk Justin Guka (PBS) bagi kerusi Parlimen Keningau dan DUN Bingkor masing-masing.

Ditanya sama ada Star akan meletakkan calon di DUN Tambunan bagi menentang Pairin, Jeffrey berkata Star masih mempertimbangkan perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum kali ini ditetapkan pada 20 April dan hari pengundian pada 5 Mei.   

Sementara itu Presiden Parti Maju Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee berkata tempoh berkempen selama 15 hari itu mencukupi bagi partinya. – Bernama 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi