Bahasa

JKM tidak terima maklumat 1,758 kanak-kanak tiada pengenalan diri

June 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menerima sebarang maklumat mengenai 1,758 kanak-kanak bekas penghuni institusinya yang didakwa Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) sebagai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Noraini Mohd Hashim berkata berikutan itu, JKM tidak boleh melakukan siasatan terhadap dakwaan itu yang dibuat oleh Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah baru-baru ini.

“Oleh itu, JKM meminta beliau menyerahkan senarai nama itu secepat mungkin untuk tindakan segera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan Mohd Khairul Hafiz bahawa beliau menerima ugutan berikutan kenyataannya itu, Noraini berkata JKM memandang serius perkara itu dan memintanya membuat laporan polis. – Bernama

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi