Bahasa

Kajian terbaru menunjukkan Najib dalam bahaya, sukar untuk selamatkan BN, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Walaupun populariti peribadi Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dapat menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dari tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka tidak mahu merasa selesa sebagai respon kepada survey terbaru Merdeka Center.

Perdana menteri (PM) dan pemimpin kepada 13 parti komponen BN tertinggal sebatu dibelakang kerana sokongan merosot di kalangan pengundi Melayu, yang berpengaruh terbesar - mewakili lebih daripada 60 peratus penduduk daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kata Rafizi Ramli dari PKR dan sekutu beliau dari DAP, Tony Pua.

“Jika kita bandingkan sokongan yang diterima Pak Lah sebelum PRU 2008 dan angka yang diperolehi oleh Najib sekarang, menunjukkan beliau dalam bahaya,” kata Tony Pua kepada The Malaysian Insider semalam.

Setiausaha publisiti DAP itu membandingkan peratus kelulusan Najib dalam tiga kajian lepas yang dijalankan oleh Merdeka Center pada tahun ini berbanding dengan keputusan survey PM sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. PM kelima dikenali sebagai Pak Lah mendapat sokongan sebanyak 71 peratus sebelum brtanding dalam pilihan raya Mac 2008 di mana parti pemerintah itu mendapat keputusan terburuk dalam sejarah.

Terdapat spekulasi mengatakan Najib (gambar) akan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum mandat BN berakhir pada bulan April 2013.

"Bilangan yang menyokong perdana menteri tidak menjadi pengukur bagi sokongan pada PRU akan datang, petanda yang menentukan keputusan PRU akan datang adalah bilangan yang menyokong BN," kata Pua.

Pengarah strategi PKR, Rafizi mempunyai pandangan selari dengan ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu, mengatakan bahawa Najib telah menonjolkan dirinya sebagai "nadi dan penyelamat BN" tetapi pada masa yang sama, tidak mempertahankan parti komponen lain dalam gabungan itu.

"Ia bukan satu usaha berpasukan, ia sebenarnya beliau secara peribadi. Beliau percaya kekuatan peribadinya yang kini akan mengangkat BN.

"Jika saya Najib, saya akan menjadi sngat muram. Saya akan menjadi sangat bimbang," kata Rafizi dalam sidang akhbar semalam.

Tetapi rakan sekerja mereka dari PAS, Salahuddin Ayub, mengingatkan pakatan pembangkang agar tidak merasa selesa, dengan mengatakan tinjauan dari Merdeka Center sahaja tidak cukup kuat untuk menilai kekuatan atau kelemahan Najib.

"Walaupun hasil kajian Merdeka Center itu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), kita tidak boleh merasa selesa.

"Kita (PR) jangan terlalu berseronok dengan hasil kajian tersebut sehingga tidak berkerja keras untuk memenangi pilihan raya," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Mengenai penurunan sokongan Melayu terhadap BN pula, Salahuddin menganggp ini adalah kerana pengundi atas pagar merasa bosan dengan isu-isu seks dan moral yang dimainkan oleh media arus perdana dan blog-blog pro Umno.

"BN mainkan isu moral secara keterlaluan sehingga menyebabkan pengundi-pengundi Melayu atas pagar merasa bosan dan muak.

"Apabila kalah berhujah, isu moral dan akhlak dengan memfitnah pemimpin PR dimainkan sehingga orang ramai melihat pimpinan BN tak reti untuk berhujah secara matang," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.

Akan tetapi Salahuddin berhati-hati dalam memberikan komen mengenai peningkatkan sokongan dikalangan pengundi Cina terhadap Najib, dari 37 peratus pada bulan Mei meningkat sehingga 42 peratus dalam bulan Jun dengan mangatakan tidak mustahil ini berlaku kerana kerja keras yang dilakukan oleh Najib untuk memenangi kembali hati pengundi Cina, yang beralih menyokong pembangkang pada PRU 2008 dan semakin padu menyokong PR kini.

Pua walaubagaimanapun menolak corak perubahan di kalangan pengundi Cina sebagai signifikan,dengan mengatakan bahawa sokongan daripada masyarakat cenderung untuk turun naik.

"Meningkat dan menurun bukanlah satu isu besar. Tetapi untuk orang Melayu, ia mencerminkan sifat sementara itu Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Semasa mula-mula terima, mereka amat gembira, tetapi kini mereka sudah lupa, "katanya, merujuk kepada wang tunai RM500 dari Putrajaya kepada mereka yang mempunyai berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Mreka dibayar pada awal tahun ini.

“Bagi masyarakat India, saya yakin Ambiga adalah faktor, tetapi saya tidak pasti berapa besar faktor beliau,” tambahnya.

Sokongan popular untuk peguam dan aktivis terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan yang telah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran untuk reformasi sistem pilihan raya tahun lepas dan tahun ini, terutamanya di kalangan pengundi bandar kelas pertengahan dan masyarakat India, yang juga menjadi masalah kepada Najib dan perlu dimenangi sebelum pilihan raya.

Tinjauan pendapat Merdeka Center yang dijalankan di kalangan pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi PM keenam merosot di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing daripada 79 peratus kepada 75 peratus, dan daripada 72 peratus kepada 69 peratus.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.