Bahasa

Kajian TIMSS dedah ‘penipuan’ peperiksaan, dakwa DAP

Hampir suku daripada 30,474 pelajar yang menduduki peperiksaan tahun lalu mendapat keputusan tertinggi dalam dua subjek daripaa statistik kementerian. — Gambar AFPHampir suku daripada 30,474 pelajar yang menduduki peperiksaan tahun lalu mendapat keputusan tertinggi dalam dua subjek daripaa statistik kementerian. — Gambar AFPKUALA LUMPUR, Jan 9 — Kementerian Pelajaran hari ini dipersoal berhubung perbezaan jumlah “A” yang diterima pelajar tingkatan tiga yang mengambil peperiksaan PMR bulan lalu dengan kaji selidik matematik dan sains antarabangsa menunjukkan pelajar sekolah menengah hari ini ketinggalan.

Tony Pua dan Ong Kian Ming mendakwa kaji selidik antarabangsa mendedahkan sistem pengredan kementerian itu adalah satu “penipuan”, dan mendedahkan ada jurang besar dalam keputusan kaji selidik antarabangsa bagi dua subjek tersebut dan skor pelajar dalam peperiksaan peringkat kebangsaan.

“Bagi mencapai kadar kuantitatif Indeks Prestasi (KPI) seperti jumlah A atau peratusan kadar lulus, kementerian telah memudahkan sistem pendidikan termasuk memudahkan peperiksaan,” kaa Pua dan Ong yang masing-masing adalah Ketua Pengarah dan Strategik DAP.

“Adakah sistem peperiksaan kita sangat lemah sehingga 28.8 peratus akan mendapat A dalam Matematik walaupun standard antarabangsa mereka ketinggalan?” soal mereka.

Hampir suku daripada 30,474 pelajar yang menduduki peperiksaan tahun lalu mendapat keputusan tertinggi dalam dua subjek daripaa statistik kementerian, kata ahli politik itu.

Sebagai perbandingan, hanya dua peratus sekolah menengah mendapat skor “Sangat Baik”  manakala 10 peratus menerima keputusan “Tinggi” berdasarkan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011, berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Disember, kata duo DAP itu.

Kajian TIMSS menunjukkan pelajar 14 tahun menunjukkan prestasi yang teruk dalam ujian sains, dengan hanya 1 peratus dan 10 peratus pelajar menerima gred Sangat Baik dan Tinggi, kata Pua dan Ong.

Mereka turut menjelaskan 64 peratus dan 66 peratus pelajar sekolah menengah menerima “Rendah” dan “Sangat Rendah” dalam matematik dan sains, berdasarkan TIMS, menyokong dakwaan mereka pelajar semakin teruk.

“Sedangkan PMR menunjukkan hampir 90 peratus lulus untuk matematik dan sains, TIMSS menunjukkan adanya penipuan dalam peperiksaan kita,” kata mereka.

Mereka menuntut Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan berhubung perkara itu.

TIMMS dijalankan setiap empat tahun oleh Pusat Kajian Antarabangsa Sekolah Pendidikan Lynch, Kolej Boston.

Selain peperiksaan, TIMSS juga mengumpul maklumat kontekstual di persekitaran sekolah dan lokasi, bahasa ibunda, guru dan latar belakang keluarga pelajar, guru dan pengetua.

Pada tahun 2011, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun mendahului kedua-dua mata pelajaran Matematik dan ranking Sains dengan margin yang besar.

Negara-negara yang merosot dalam Sains selain Malaysia termasuk Hungary, Macedonia, Norway, Sweden dan Thailand.

Negara-negara yang sama juga merosot dalam mata pelajaran Matematik, dengan tambahan Jepun, Jordan, Romania dan Tunisia.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.