Kalahkan BN untuk tutup tapak Lynas, kata Guan Eng
TERKINI @ 08:36:42 PM 08-09-2012
KUALA LUMPUR, 8 Sept – Lim Guan Eng memberitahu pengundi hari ini satu-satunya cara untuk menghalau keluar Lynas Corporation pulang ke Australia dan menutup kilamg pemprosesan nadir bumi di Kuantan adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha agung DAP (gambar) memberi amaran kepada pelobi anti Lynas bahawa pemberian lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada pelombong Australia itu adalah petunjuk jelas bahawa jika BN menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, syarikat tersebut akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang halangan.
“Kerajaan BN tak ada jalangan untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun sebelum PRU menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan BN berbanding kesihatan rakyat.”
“Tempoh TOL dua tahun tidak memberikan rakyat Malaysia pilihan selain daripada memilih keselamatan berbanding keuntungan syarikat dan dua reaktor nuklear dengan menggantikan BN dengan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Lim membangkitkan tentang ketakutan berbangkit dengan Lynas – membuang sisa dari Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan walaupun syarikat Lynas telah memberikan komitmen untuk membuang sisa tersebut di luar Malaysia.
Lim membangkitkan walaupun Lynas telah menyatakan komitmen mereka, akan tetapi syarikat tersebut masih enggan memberitahu di negara mana sisa-sisa. Water Leach Purification (WLP) tersebut akan dibuang.
“Untuk membuang sisa toksik dan radioaktif bergantung kepada perjanjian antarabangsa, seperti perjanjian Konvensyen Basel; jika tidak, ia perlu kembali ke tempat asal.
“Menghantar sisa ke Australia Barat adalah mustahil apabila kerajaan Australia mengisytiharkan tidak akan menerima sisa nadir bumi tersebut.
“Jadi di mana lagi Lynas untuk mencari tempat untuk membuang jutaan tan sisa nadir bumi ini selain dari di belakang rumah menteri-menteri BN?” katanya lagi.
Agensi persekutuan iaitu Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam berkata bahawa komitmen untuk membawa sisa radioaktif bukanlah syarat kepada TOL yang diberikan awal minggu ini. TOL hanya datang mulai 3 September.
Dalam sidang medianya, ketua pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata agensinya hanya bergantung kepada komitmen unilateral Lynas dengan tidak ada “kertas hitam putih”.
“Itu bukan syarat perlesenan. Apabila mereka (Lynas) berkata mahu komited, kami mengambil kesungguhan mereka, dan pengarah bercadang untuk memberi lesen,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya Lynas melanggar perjanjian, AELB mungkin akan bertindak terhadap Lynas.
“Saya pasti mereka pasti membawa sisa itu keluar. Kami memutuskan bahawa sebahagian syarat perlesenan ialah mereka membawa sisa itu keluar dari negara ini.
“Jika itu tidak berlaku, kami akan mengambil beberapa langkah dan pertimbangan sebelum badan ini boleh mengambil tindakan,” katanya lagi.
Pada Khamis yang lalu, kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berkata Lynas dan pihak berkuasa harus menunjukkan secara terperinci pembuangan sisa, kerana Australia tidak akan membenarkan Lynas untuk membawa sisa ke sana.
Pencinta alam sekitar juga telah berkata, perpindahan sisa berbahaya melibatan sempadan negara dikawalselia oleh Konvensyen Basel, dan ia hampir mustahil untuk Lynas mencari negara lain yang sanggup menerima jutaan tan sisa nadir bumi ini.
Lynas berkata pada April yang lalu, kelewatan untuk mendapatkan lesen untuk fasiliti tersebut, yang sepatutnya pada bulan Januari, telah mengakibatkan kerugian serius, kerana jumlah harga nadir bumi yang bernilai RM80 billion itu untuk 10 tahun yang akan datang.
Kemarahan orang awam terhadap Lynas telah menyuburkan gerakan hijau di Malaysia dan mungkin memainkan sentimen pengundi dalam pilihan raya akan datang.
Awal tahun ini, ribuan orang ramai berhimpun di Kuantan untuk memastikan kerajaan untuk menutup pusat pemprosesan nadir bumi itu.
Minggu lalu, lima penduduk Kuantan telah cuba menghalang Lynas Corp dari beroperasi apabila mereka mendapat perintah mahkamah untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong nadir bumi Australia itu
KUALA LUMPUR, 8 Sept – Lim Guan Eng memberitahu pengundi hari ini satu-satunya cara untuk menghalau keluar Lynas Corporation pulang ke Australia dan menutup kilamg pemprosesan nadir bumi di Kuantan adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.



