
Karpal berkata adalah penting kedua-dua Saiful dan Farah disoal sebagai saksi memandangkan keterangan mereka adalah “penting” dan dakwaan hubungan ‘sulit’ boleh menjejaskan keseluruhan perbicaraan kes liwat.
Mahkamah Tinggi akan memutuskan petang ini sama ada Saiful dan Farah Azlina yang terbabit dengan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan hubungan sulit mereka.
Ini berikutan permohonan Karpal untuk mahkamah menggunakan Seksyen 425 Kod Prosedur Jenayah untuk memanggil saksi utama itu Mohd Saiful Bukhari dan Farah Azlina untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan hubungan sulit mereka.
Dalam permohonan, Karpal memaklumkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggunakan seksyen itu bagi memanggil Saiful dan Farah Azlina untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan hubungan sulit mereka.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa permohonannya merupakan satu permohonan yang belum pernah dibuat kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan termasuk di mana-mana negara Komanwel.
Karpal juga mempersoalkan kenapa Saiful dan Farah Azlina tidak menjawab dakwaan itu dengan emfailkan afidavit untuk menjawab afidavit Anwar mengenai dakwaan hubungan sulit, tetapi ia dibuat oleh Pendakwa Raya kanan Mohamad Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat kes itu Supt Jude Blacious Pereira.
Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua afidavit belum menyangkal dakwaan tersebut.
Karpal juga hairan kenapa Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan itu tidak menjawab afidavit Anwar.
“Tidak ada jawapan daripada saksi utama (Mohd Saiful Bukhari), lelaki bersumpah di masjid, dengan dimakbulkan Allah, kenapa Mohd Saiful Bukhari tidak bersedia di kuil keadilan untuk memberikan keterangan dalam bentuk afidavit. Saya terima dua afidavit daripada TPR Hanafiah dan Jude. Pada hakikatnya, Mohamed Yusof sebagai ketua pasukan hendaklah memfailkan afidavit itu untuk menjawab dakwaan tersebut,” kata beliau.
Hari ini mahkamah dijadual mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau.
Anwar mahu membatalkan pertuduhan itu atas alasan bahawa integriti dan tidakmemihak terhadap keseluruhan pasukan pendakwaan yang telah dipersetujui berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu
Bagaimanapun, Karpal berkata pihak pembelaan hendaklah mendengar kedua-dua keterangan daripada Mohd Saiful Bukhari dan Farah Azlina sebelum meneruskan permohonan itu.






