Bahasa

Kebebasan beragama sama dengan menukar agama, kata Tengku Adnan



November 10, 2012

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Menyuruh orang Melayu memilih agamanya sama dengan memberitahu mereka untuk menukar kepercayaan mereka, kata Datuk Tengku Adnan Mansor yang dijangka mencetus pergolakan terbaru susulan komen baru-baru ini oleh ahli politik PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia.

Kenyataan naib presiden PKR pada forum minggu lalu mengundang kritikan hebat terutamanya dikalangan kumpulan-kumpulan Islam konservatif dan penyokong tegar Umno yang menuduh pembangkang menyokong murtad.



"Baru-baru ini juga kita nak tanya Nurul Izzah Anwar, apa bezanya pilih agama dan tukar agama?

 Pada saya sama saja tapi ini yang dia terapkan dan saya berkeyakinan akhirnya rakyat Malaysia akan sedar," kata setiausaha agung Umno tersebut dalam satu wawancara di dalam Utusan Malaysia hari ini.



Komen ahli politik veteran itu jelas mencerminkan sokongannya kepada golongan konservatif Islam serta akan mencetuskan perdebatan agama dan kekeliruan dalam masyarakat Melayu Islam yang merupakan penduduk terbanyak dengan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan 28 juta penduduk, serta merupakan penentu bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Umno merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN) mempunyai hampir tiga juta ahli namun undi kaum Melayu terpecah tiga kepada parti Pakatan Rakyat (PR) menerusi PAS, PKR dan DAP.

Isu melibatkan kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia terutamanya orang Melayu yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk ditakrif sebagai orang Islam dalam perlembagaan.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi juga membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas.



Nurul Izzah telah menafikan menyokong murtad dan menuduh dua akhbar pro-BN iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memutar-belit kenyataannya itu.



Timbalan menteri Umno juga mendakwa ahli parlimen Lembah Pantai tersebut sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut bertujuan untuk menghina Islam.



"Tiada peruntukan untuk perkara tersebut ketika ini, tetapi ia boleh dimasukkan di bawah peruntukan dalam menghina Islam atau menyebabkan Islam akan dihina.

"Sesiapa yang lisan atau mengejek dalam bentuk bertulis atau menyebabkan Islam dihina, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau kedua-duanya," kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim, timbalan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Parlimen minggu lepas.

Walaubagaimanapun, Nurul Izzah telah mendapat sokongan daripada ulama Islam popular Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menyokong kenyataan beliau bahawa tidak ada paksaan dalam Islam.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) tersebut berkata beliau telah menulis satu artikel dua tahun lalu bertajuk "Iman Tidak Boleh Dipaksa" dan menambah bahawa kandungannya "sama" seperti apa yang Nurul Izzah telah nyatakan.

"Melayu tidak boleh dipaksa dan (mereka) percaya secara sukarela. Tetapi, melalui dakwah, seseorang boleh dibawa kepada kepercayaan asalnya," kata Asri kepada akhbar Sinar Harian.

 

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi