Bahasa

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah ketiga terbaik di Asia Tenggara

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Ida Lim
December 05, 2012
Latest Update: December 06, 2012 01:02 am

Paul berharap kedudukan Malaysia bagi tahun-tahun akan datang akan terus menunjukkan perkembangan positif. – Gambar oleh Choo Choy MayPaul berharap kedudukan Malaysia bagi tahun-tahun akan datang akan terus menunjukkan perkembangan positif. – Gambar oleh Choo Choy MayPETALING JAYA, 5 Dis ― Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011.

Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1).

Kedudukan itu menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105), dan Indonesia (118).

Laporan berkenaan persepsi rasuah itu turut menunjukkan Malaysia berkongsi kedudukan dengan Republik Czech, Latvia, dan Turki.

“Ia adalah peningkatan yang baik ... adanya peningkatan, kami percaya ia mungkin kerana ETP, (Pelan Transformasi Ekonomi), GTP (Program Transformasi Kerajaan), dan NKRA (Bidang Utama Keberhasilan Negara),” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low.

Paul juga turut menjelaskan, usaha yang dilaksanakan agensi kerajaan seperti  Pemandu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mula membuahkan hasil, dan berharap kedudukan Malaysia bagi tahun-tahun akan datang akan terus menunjukkan perkembangan positif.

“Usaha yg dijalankan Pemandu, SPRM membuahkan hasil ... memang ada beberapa isu, tetapi ia berhasil.

“Kami berharap akan terus ada perkembangan untuk tahun-tahun akan datang bagi Malaysia menangani rasuah,” katanya yang turut memuji langkah Malaysia menjadikan CPI sebagai KPI untuk gejala menangani rasuah di negara ini.

Dua pertiga negara daripada 176 negara pada 2012 menunjukkan skor CPI di bawah 50.

"Sebab itu walaupun kedudukan kita meningkat, skor kita masih lagi mediocre, kedudukan pertengahan, kita tidak melebihi paras tersebut," katanya yang ditemui pemberita, dan menambah turut bersetuju skandal seperti RM 40 juta dana Umno Sabah dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) memberikan kesan terhadap skor negara.

"Sebab itu isu-isu seperti ini menghalang skor kita daripada meningkat," katanya lagi.

"Namun kita lebih baik berbanding tiga tahun lalu ... sekarang kita lebih bebas untuk bersuara mengenai rasuah."

Beliau bagaimanapun turut mengakui pencegahan menentang rasuah bukanlah suatu perkara yang mudah, dan turut memuji agensi kerajaan yang terlibat menggunakan CPI sebai KPI rasuah negara.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi