Bahasa

Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia: Malaysia menang

June 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) yang berlangsung di Mulhouse, Perancis, pada Ahad.

Pemain Malaysia mengalahkan Botswana 2-1 dalam perlawanan pertama mereka.

Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Mohd Nafizwan Adnan yang mengalahkan Lekgotla Mosope dalam perlawanan “straight set” 11-6, 11-4 dan 11-5.

Botswana kemudian menyamai kedudukan setelah Ong Beng Hee dikalahkan pemain pilihan pertamanya, Alister Walker, dalam perlawanan “straight set” 3-11, 8-11 dan 9-11.

Mata kemenangan untuk Malaysia diperoleh menerusi Muhd Asyraf Azan setelah beliau menewaskan Koketo Ntshebe, 11-3, 11-4 dan 11-6.

“Perlawanan pertama selalunya sukar,” kata Beng Hee sebagaimana dipetik dari blog perlawanan. “... keseluruhannya, Alister bermain dengan sangat baik dan ianya panas dan memantul. Ia sukar untuk setiap orang, musim PSA telah berakhir dan saya cuba sentiasa berwaspada demi pasukan meskipun ia bukan tugas yang mudah. Ia melibatkan soal mental.

“New Zealand, pertemuan yang besar esok.”

Malaysia akan menentang New Zealand esok dalam pusingan kedua Round Robin Kumpulan E sebelum bertemu Poland pada 11 Jun. – Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi