Bahasa

Kelantan akan dapat MB baru

May 06, 2013
Latest Update: May 07, 2013 02:14 am

The Star Online mengesahkan pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Ahmad Yakcop akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini. — Gambar oleh Choo Choo MayThe Star Online mengesahkan pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Ahmad Yakcop akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 6 Mei— Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Datuk Ahmad Yakcop hari ini, menamatkan pemerintahannya selama 22 tahun di negeri tersebut.

Mursyidul Am PAS itu sekali lagi berjaya memimpin parti Islam tersebut untuk menang semalam dalam Pilihan Raya 2013 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendapat 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus mempertahankan negeri yang diperintah semenjak 1990.

The Star Online mengesahkan pengganti Nik Aziz, Ahmad akan mengangkat sumpah di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini.

Selain itu, timbalan menteri besar baru Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan Exco baru akan turut mengangkat sumpah petang ini.

Di Kedah,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengangkat sumpah sebagai MenteriBesar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku

Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.

Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi DUN berbanding tiga pada PRU 2008.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi