Bahasa

Kelantan beri cuti 5 Mei untuk PRU13

Menurut menteri besar kerajaan sementara Kelantan itu, cuti adalah bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat yang layak mengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut.

"Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi dan sebagainya," kata Nik Abdul Aziz dipetik dari portal Harakahdaily.

"Negeri lain khususnya tidak perlu istihar cuti memandangkan hari Ahad jatuh pada hari minggu, jadi untuk memberi keadilan pada semua, kita istihar cuti," tambah beliau lagi.

Pada 10 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tarikh bagi Pilihan Raya 2013 jatuh pada 5 Mei dan hari penamaan calon adalah pada 20 April.

Menurut Nik Abdul Aziz lagi, keputusannya itu berkuat kuasa serta merta bermula hari ini.

Beliau juga beliau menyeru anak Kelantan di perantauan supaya pulang mengundi untuk mempertahankan kerajaan Islam sedia ada di negeri tersebut.

Selain daripada Kelantan, terdapat Terengganu dan Kedah merupakan negeri di semenanjung Malaysia yang bekerja pada hari Ahad.

Lebih kurang 13.3 juta pengundi bakal memilih 222 anggota parlimen di seluruh negara dan 505 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri pada 5 Mei ini.

Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.