Bahasa

Kemarahan dan kesedihan semasa pengkebumian pendaki yang dibunuh

Sebahagian orang ramai hadir pada majlis pengkebumian Irene Ong. — Gambar oleh Boo Su-LynSebahagian orang ramai hadir pada majlis pengkebumian Irene Ong. — Gambar oleh Boo Su-LynPETALING JAYA, 24 April — Orang ramai yang berkabung pada majlis pengkebumian Irene Ong meluahkan kemarahan ke atas pembunuhan ibu berusia 52 tahun tersebut semasa sedang mendaki di Bukit Gasing Sabtu lepas, menambah kemarahan kerana kerajaan gagal melindungi keselamatan orang awam.

Beratus ahli keluarga Ong, rakan, ahli gereja dan ahli kelab Kiwanis hadir bagi memberi penghormatan terakhir di rumah pembakaran mayat Guan Yin di sini pada pagi yang cerah, ramai yang mengalirkan air mata semasa berbaris meletakkan bunga ros putih dan kekwa kuning di keranda.

“Saya rasa ini adalah insiden tragis yang tidak masuk akal,” kata Audrey Fernando, 65, kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

“Di sebalik memastikan keselamatan orang awam, wang kerajaan dihabiskan dengan cara yang tidak masuk akal,” katanya lagi yang juga merupakan ahli kelab larian Hash House Harriets merujuk kepada langkah kerajaan memberikan bantuan wang tunai.

Audrey berkata mengenali Ong menerusi kelab larian, menggambarkannya sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa “senyum lebar”.

Kebanyakkan wanita, separuh daripada daftar pemilih pada Pilihan Raya 2013 telah menekankan sebelum ini isu keselamatan adalah keutamaan, dimana mereka menyatakan ketakutan terhadap keselamatan mereka walaupun kadar jenyah dikatakan sudah menurun.

Beberapa orang yang hadir berkabung dengan meletakkan bunga di atas keranda Irene Ong.Beberapa orang yang hadir berkabung dengan meletakkan bunga di atas keranda Irene Ong.Anak perempuan Ong yang berusia 17 tahun, Chin Hui Wei, menulis di dalam blog beliau di www.asfxw.blogspot.com, menceritakan dia menyaksikan dua lelaki di atas motosikal menghampiri dia dan ibunya ketika berjalan di Bukit Gasing menuju ke arah kuil petang Sabtu lepas, selepas mendaki di dalam hutan selama dua jam.

Chin menulis ibunya telah menolaknya ke belakang dan mengarahkannya supaya beredar dan selepas itu seorang lelaki yang berada di atas motosikal menikamnya beberapa kali. Penyerang tersebut walaubagaimanapun gagal mendapatkan sebarang barang milik Ong, kata Chin.

“Kata-kata terakhir ibu saya kepada saya ialah ‘Saya cintakan kamu sangat’ kemudiaan ibu meninggal dunia ditempat kejadian,” kata pelajar sekolah menengah Sri Aman dalam tulisan di blognya pada 22 April.

Orang ramai yang ditemui The Malaysian Insider semasa pengkebumian menggambarkan Ong sebagai seorang yang ceria, membantu dan baik hati disamping aktif dalam kerja-kerja sosial melalui Kiwanis, serta dalam kementerian kanak-kanak di gereja evangelis Petaling Jaya Evangelical Free Church (PJEFC).

Ong meninggalkan suami Chin Wing San, 55 tahun, dan dua orang anak perempuan — Hui Wei dan Hui Ying, 21.

Sophia Lim yang mengenali Ong sejak mereka berumur tujuh tahun dan pergi ke sekolah menengah Sri Aman bersama-sama, berkata  beliau “sangat marah”.

“Kerajaan perlu melakukan kerja mereka dan melindungi rakyat,” kata Lim kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau tidak mempercayai statistik jenayah yang dikeluarkan kerajaan.

“Peragut hampir ada di mana-mana ... kita ada hak untuk hidup dengan selamat. Keadilan mesti disampaikan. Sebuah kehidupan seperti ini akan hilang. Seseorang perlu menjawab ini,” kata naib presiden syarikat telekomunikasi berusia 52 tahun itu.

Putrajaya menerusi unit penilaian kecekapan PEMANDU berkata pada Julai lalu indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun 2012 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2011.

Sebelum itu, PEMANDU juga telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan indeks jenayah telah menurun sebanyak 11.1 peratus dari 2010 hingga 2011, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Jenayah pemantau MyWatch, bagaimanapun, menuduh polis pada Februari lalu memanipulasi statistik jenayah negara, mendakwa bahawa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah yang dikeluarkan dari Januari hingga Oktober 2011.

Lim berkata Ong sebelum ini adalah guru Inggeris Montessori, selain memainkan peranan aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah rendah Tamah Megah, juga di sekolah menengah Taman SEA dan Sri Aman.

Phillip Doyle, yang merupakan salah seorang ahli Petaling Harriets Hash House Harriers dan kelab larian Harriers, terkenang beliau selalu berlari bersama Ong sekeliling Kuala Lumpur setiap Sabtu.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan kesedihan,” kata Doyle, yang merupakan warga Australia menetap di Malaysia.

“Dia sangat merendah diri, sentiasa terbuka. Dia amat mudah didekati,” katanya lagi.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Selasa lalu empat suspek — berusia antara 16 dan 18 tahun — telah ditahan bagi menyiasat rompakan itu dan cubaan membunuh Ong.
Kumpulan warganegara yang dikenali sebagai Safer Malaysia menganjurkan perhimpunan memperingati Ong pada Sabtu ini.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.