Bahasa

Kes Sugumaran dibincang di kabinet, PM mahu laporan

Ibu Sugumaran, K. Manimagalay (kanan), ditenteramkan oleh saudara selepas melihat tubuh anak bongsunya. - Gambar oleh Choo Choy MayIbu Sugumaran, K. Manimagalay (kanan), ditenteramkan oleh saudara selepas melihat tubuh anak bongsunya. - Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kes kematian pegawal keselamatan C. Sugumaran ketika tangan bergari dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta laporan forensik mengenai kematian tersebut.

Beliau mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk berbuat demikian selepas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel membangkitkan isu itu tersebut.

Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari dipetik dari laman Mstar Online berkata post-mortem kedua akan dilakukan ke atas pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas didakwa dipukul oleh polis dan orang awam selepas mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada Rabu lalu.

Post-mortem pertama menunjukkan pengawal keselamatan itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Vell Paari berkata Pemuda MIC akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang membantu keluarga tersebut untuk melantik ahli patologi bebas yang akan melakukan post-mortem kedua.

“Kami mahu berunding dengan mereka kerana tidak mahu mereka menuduh kami menyembunyikan apa saja,” katanya semalam.

Di Putrajaya, satu delegasi yang diketuai Ketua Penerangan Pemuda MIC S. Subramaniam menyerahkam memorandum kepada Menteri Dalam Negeri meminta satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Sugumaran.

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.