Bahasa

Kerajaan Pulau Pinang fail kes desak adakan pilihan raya kerajaan tempatan

Oleh Zurairi AR
March 11, 2013

Lim (kedua dari kiri) bertemu dengan pemberita. Bersama dengan dia adalah (dari kiri) Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Thomas dan Ramakrishnan. — Gambar oleh Zurairi ARLim (kedua dari kiri) bertemu dengan pemberita. Bersama dengan dia adalah (dari kiri) Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Thomas dan Ramakrishnan. — Gambar oleh Zurairi ARPUTRAJAYA, 11 Mac — Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memfailkan perintah penghakiman di Mahkamah Persekutuan untuk mendesak pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, menjadi negeri pertama mengambil langkah sedemikian.

Ia bertujuan untuk merayu Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 yang baru diluluskan untuk membatasi undang-undang persekutuan yang melarang pilihan raya tersebut daripada dijalankan.

“Perlembagaan Persekutuan berkata pihak berkuasa negeri boleh mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (PR) untuk mengadakan pilihan raya,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pemberita hari ini.

Selain kerajaan negeri, bekas presiden Aliran P Ramakrishnan juga turut sama memfailkan kes terhadap Putrajaya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kedua-dua pihak tersebut diwakili oleh peguam berpengalamanTommy Thomas.

Plaintif menjangkakan untuk mendapat kebenaran permohonan tersebut dalam tempoh sebulan.

Sekiranya kes tersebut diluluskan, Pulau Pinang akan menjadi negeri ketiga selepas Selangor dan Kelantan yang memfailkan saman keatas kerajaan pusat untuk mempengaruhi pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dengan menyifatkan saman tersebut sebagai “bersejarah”, Lim yakin jika kerajaan negeri berjaya memenanginya, ia bakal menyaksikan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan setiap negeri.

“Negeri lain juga sedang mengikuti dengan teliti, jika kami dapat teruskan, saya yakin negeri lain juga akan ikut,” tambah Lim.

Bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang memberikan tempoh dua minggu kepada kerajaan pusat untuk bersetuju mengadakan pilihan raa kerajaan tempatan di dalam negeri tersebut sebelum mereka memfailkan kes saman.

“Mengembalikan ‘undi ketiga’ merupakan permintaan asas dan komitmen kerajaan negeri Pulau Pinang sejak Pilihan Raya 2008,” kata Lim bulan lepas.

Pada bulan Mei 2012, Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, yang memperuntukkan supaya SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Pada 11 Ogos 2009, Kerajaan Negeri meluluskan usul dalam Dun menuntut Kerajaan Persekutuan menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan.

Kerajaan Negeri mendapatkan khidmat panel peguam Tommy Thomas, Yeo Yang Poh dan Malik Imtiaz untuk memberi nasihat tentang hak dan kuasa Kerajaan Negeri mengadakan pilihan raya tempatan.

Pada 13 Julai 2009, Kerajaan Negeri menghantar surat kepada Majlis Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 95A Perlembagaan Persekutuan  untuk membincangkan isu pilihan raya tempatan tetapi cadangan itu ditolak.

Kerajaan negeri merancang untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi